Syarat


 Syarat-syarat Umum:
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia 
  • Pemohon hendaklah berada di Tingkatan 3 dan telah menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2010 
  • Dilahirkan dalam tahun 1995 atau selepasnya. 
  • Sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal. Bebas dari penyakit lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy) yang serius dan sebagainya. (Penyakit-penyakit ini akan membahayakan terutama semasa menjalankan kerja amali). 
  • Tidak rabun warna bagi semua program Teknikal, Vokasional dan Kemahiran yang berkaitan Elektrik dan Elektronik. 

Kemudahan Asrama:
Kemudahan asrama disediakan di semua SMT/SMV kecuali SMV Kuching, Sarawak, tertakluk kepada had yang ditetapkan.

Syarat Khusus  
  • Mendapat Gred A dalam mata pelajaran  :
      1. Bahasa Melayu
      2. Bahasa Inggeris
      3. Matematik
      4. Sains
      5. Kemahiran Hidup
  • serta mendapat Gred B dalam mata pelajaran lain.