( Subjek tambahan ialah BIOLOGI + SAINS PERTANIAN)
JURUSAN
KEJURUTERAAN MEKANIKAL
KOD KURSUS 1101
Memberi penumpuan kepada pemahaman konsep, prinsip asas dan teori Kejuruteraan Mekanikal. Penekanan kepada pengetahuan dan pemahaman tentang penggunaan Kejuruteraan Mekanikal dalam alam sekitar.
Antara komponen yang dipelajari ialah pengenalan kepada Kejuruteraan Mekanikal, keselamatan, Metrologi, Amalan Bengkel, Bahan-Bahan Mekanik, Sistem, Lukisan Terbantu Komputer dan Rekabentuk.
KEJURUTERAAN AWAM
KOD KURSUS 1201
Pelajar akan didedahkan kepada pengetahuan asas dalam Kejuruteraan Awam, kerjaya yang ada hubungkait dengannya.
Antara komponen utama yang akan dipelajari termasuk Proses Pembinaan, Bahan Binaan, Struktur Kejuruteraan Awam, Geoteknik, Ukur Kejuruteraan, Sistem Pengangkutan, Kejuruteraan Jalan dan Isyarat Lalu Lintas, Sumber dan Bekalan Air, Sistem Pembersihan dan Aturcara Kontrak dan Taksiran.
KEJURUTERAAN ELEKTRIK
KOD KURSUS 1301
Pendedahan kepada asas Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik secara umum meliputi aspek-aspek Pengenalan, Keselamatan, Litar Arus Terus, Litar Arus Ulang Alik, Keelektromagnetan, Pengubah, Separuh Pengalir, Diod, Transistor Dwikutub, Komponen Separuh Pengalir Lain, Elektronik Berdigit, Perhubungan, Pengenalan kepada Komputer, Motor Elektrik